Armyghozz7’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

MAKLUMAT PALSU DISEBARKAN!!!

X PANDAI BTOL DOWG YG SEBARKN MKLUMAT2 PALSU NI!

X PSAL2 KTE OWG MNGAMUK KT ADMIN!

October 23, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

liga EPL bermula

liga EPL telah bermula,maka bermula la persaingan untuk pasukan menjadi juara…adakah Manchester United akan pertahankan kejuaran yag dimiliki….

emmmm….first game ari tu M.U sekadar seri 1-1 ngan Newcastle United…

ikut rekod,kalau first match da seri, selalu nya akan jadi juara…

hehehehehe…Glory-Glory M.U

August 19, 2008 Posted by | sukan | Leave a comment

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan “permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada “Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan jepun Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global

July 2, 2008 Posted by | pengetahuan AM | 1 Comment

maksud REMAJA

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa “bermasalah”.

Ciri-ciri Remaja

  • Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
    Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
  • Suka berangan-angan
    Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
  • Senang Terpengaruh oleh Emosi
    Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap

July 2, 2008 Posted by | sosial | Leave a comment

Deco sertai Chelsea

pemain tengah Portugal deco telah menyertai CHELSEA dengan bayaran Perpindahan sebanyak 8 juta pound (RM52.02 juta).

Deco, tonggak tengah kempen kejayaan Porto dalam Liga Juara-Juara Eropah 2004, meninggalkan Barcelona yang turut menyaksikannya menjulang gelaran itu dua tahun kemudian.

emmm nampaknya chelsea da dpt pemain baru, bila lagi M.U nk beli pemain baru nie

July 2, 2008 Posted by | sukan | Leave a comment

sejarah solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

June 26, 2008 Posted by | sudut iman | Leave a comment